Kehidupan Peribadi Ajai

Ajai pernah berkahwin dengan penyanyi Noorulhuda Abdul Wahab atau Nurul yang berasal dari Pulau Pinang pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah (lahir 1998). Mereka kemudiannya menjadi pasangan duet terkenal menerusi empat buah album iaitu Sehati Sejiwa (2001), Ajai & Nurul (2002), Seiring Sejalan (2004) dan Serasi Bersama (2006). Namun begitu, perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada tahun 2006 akibat masalah rumahtangga.

Setelah 3 tahun menduda, Ajai kemudiannya berkahwin dengan pengurus artis bernama Norliza Ilias atau Liza yang juga anak jati Pulau Pinang pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Danisha (lahir 2010). Perkahwinan kedua Ajai bersama Liza kekal bertahan sehingga kini.